fbpx
Ambulans membawa mangsa yang diselamatkan dari runtuhan struktur loji janakuasa di bandar Ulsan semalam. - AFP

Runtuhan struktur loji janakuasa di Ulsan, seorang disahkan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL – Seorang pekerja disahkan meninggal dunia, manakala empat lagi dipercayai maut selepas terperangkap di bawah runtuhan struktur loji janakuasa di pantai timur Korea Selatan, lapor akhbar The Korea Times. 

Runtuhan berlaku sekitar pukul 2.07 petang (waktu tempatan) di ibu pejabat Korea East-West Power, bandar Ulsan semalam. 

“Seorang pekerja disahkan meninggal dunia awal hari ini, manakala empat lagi dikhuatiri maut. Salah seorang daripada mereka telah dibawa ke hospital dan operasi mengeluarkan tiga lagi mangsa sedang dijalankan. 

“Lokasi sebenar dua lagi pekerja masih belum diketahui,” kata pegawai bomba, Kim Jeong-sik kepada wartawan. 

Laporan awal menyatakan seramai sembilan pekerja terperangkap di bawah runtuhan, namun dua daripadanya telah diselamatkan. 

Menara setinggi 60 meter itu sedang dalam persediaan untuk dirobohkan dengan menggunakan bahan letupan. 

Mangsa yang terperangkap merupakan pekerja subkontraktor. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI