fbpx
Orang ramai melakukan demonstrasi di Omdurman bagi membantah keganasan RSF di bandar El-Fasher, barat Sudan pada 31 Oktober lalu. - AFP

RSF setuju gencatan senjata di Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KHARTOUM – Pasukan Sokongan Pantas (RSF) menyatakan persetujuan terhadap cadangan gencatan senjata kemanusiaan yang dikemukakan Amerika Syarikat (AS) ketika kritikan dunia meningkat terhadap kumpulan itu atas tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai di bandar El-Fasher, wilayah barat Darfur, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Pada September lalu, AS bersama Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Mesir mencadangkan gencatan senjata kemanusiaan selama tiga bulan sebelum beralih kepada gencatan senjata kekal dan pembentukan kerajaan awam baharu. 

RSF dalam satu kenyataan berkata, ia bersetuju dengan cadangan tersebut untuk menangani kesan kemanusiaan yang dahsyat akibat perang, selain membenarkan penyampaian bantuan dengan segera. 

“Kami turut menantikan perbincangan untuk menamatkan permusuhan dengan cara yang menangani punca konflik dan mewujudkan persekitaran sesuai untuk keamanan yang adil, menyeluruh serta berkekalan,” kata RSF. 

Setakat ini, tiada maklum balas segera daripada Angkatan Tentera Sudan (SAF) yang berperang dengan RSF. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN