fbpx
BEGINILAH keadaan rumah wakaf yang dirosakkan gajah liar di Hentian Rehat Bukit Awan, Ulu Tembeling kelmarin.

Ranap dipijak 20 kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Beberapa kemudahan di hentian rehat Bukit Awan Ulu Tembeling berdekatan jalan raya Kuala Tahan ke Kampung Bukit Mat Daling di sini rosak selepas kawasan itu diceroboh kawanan gajah kelmarin.

Keadaan itu mengecewakan pengunjung yang rata-rata singgah di kawasan tanah tinggi itu berehat di samping melihat ­Sungai Tembeling, alam sekitar hutan tropika Taman Negara, kabus dan gumpalan awan.

Difahamkan, peralatan seperti wakaf, papan tanda dan pokok bunga itu dirosakkan oleh lima ekor gajah liar yang turut me­ninggalkan najis di situ.

Jamizan Rashid, 47, berkata, dia menyedari keadaan itu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Taman Negara Kuala Tahan.

“Kebiasaannya saya melihat kawanan gajah liar dalam kelompok kira-kira 30 ekor makan rumput dan tumbuhan di pinggir hutan berdekatan Kampung Samas.

“Saya terkejut apabila singgah di hentian ini terdapat kerosakan kemudahan rehat dipercayai akibat gajah liar yang menceroboh pada sebelah malam,” katanya.

Menurut Jamizan, keadaan itu akan menyebabkan pelancong tidak mahu singgah lagi di situ kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Mi Hamidi Nipah, 55, pula berkata, gajah liar selalu ada di lokasi itu kerana terdapat makanan termasuk rumput napier.

“Kawasan hentian Bukit Awan pernah diselenggarakan kebersihan dan keceriaan oleh penduduk Kampung Pagi beberapa tahun lalu tetapi tidak dibenarkan lagi oleh pihak berkuasa berikutan faktor keselamatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN