PETALING JAYA – Badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang menyalurkan bantuan makanan kepada golongan gelandangan di ibu negara digesa menilai semula pendekatan mereka dalam memberi sumbangan bagi mengelak berlakunya pembaziran. Gesaan itu disuarakan secara meluas di media sosial selepas Kosmo! mendedahkan situasi gelandangan di sekitar Kuala Lumpur yang mendakwa menerima terlalu banyak makanan sumbangan, terutamanya pada waktu malam. Tinjauan mendapati, rata-rata pengguna berpandangan, niat NGO untuk membantu sangat bagus, namun perlu disertai dengan pengurusan yang tersusun agar bantuan benar-benar…














