fbpx
Tangkap layar mesej adik kepada wanita berkenaan mengenai situasi terkini ayah mereka.

‘Papa suruh keluarkan duit cepat, kalau mati pun dekat sana…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Papa beritahu suruh keluarkan semua duit dia. Dia kata tak tahan dah sakit ni, nak pergi Mekah je. Kalau mati pun, mati kat sana. Dia suruh cepat-cepat keluarkan duit”.

Itu mesej yang disampaikan oleh adik kepada seorang wanita mengenai keadaan terkini ayah mereka.

Disebabkan itu, pengguna media sosial dengan profil @Nursyira Natasha meminta bantuan netizen bagi memenuhi hajat bapanya itu dalam masa terdekat.

Hantarannya di Facebook ‘Group Umrah’ itu meraih perhatian orang ramai yang sama-sama membantu memberikan cadangan.

Malah, ada yang menasihatkannya supaya berhati-hati dengan pakej ditawarkan supaya tidak tertipu.

“Assalamualaikum, ada ke sesiapa buat pakej umrah dalam masa terdekat. Saya mencari untuk ibu dan bapa saya tapi bapa saya sakit.

“Perlukan orang pimpin dia untuk buat segala pergerakan. Bantu saya sebab dapat WhatsApp ni daripada adik saya pagi tadi,” katanya.

“Pastikan yang bertauliah. Takut kena scam,” pesan @Azlan Garage Rxz.

“Pergi ja dengan pakej Andalusia sebab masa saya pergi dulu memang ada jemaah uzur. Mutawif ada buat bacaan sekali dekat Madinah,” cadang @Hulma Najwa Awalludin.

“Lebih baik ada saudara atau anak lelaki yang ikut sekali. Atau cari penaman lelaki, bayar umrah penuh sebagai peneman,” ujar @Azzuani Aripin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI