fbpx
Operasi kontena di Northport.

Northport rekod kendalian kontena bulanan tertinggi, 366,131 TEU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), ahli Kumpulan MMC, meneruskan momentum prestasi cemerlang dengan mencatat jumlah kendalian kontena bulanan tertinggi dalam sejarah syarikat pada Oktober 2025, berjumlah 366,131 TEU (Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki).

Ia mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 365,558 TEU yang dicapai pada Ogos 2024.

Pada bulan sebelumnya, Northport mencatat rekod baharu bulanan bagi pengendalian kargo konvensional berjumlah 1,327,883 FWT (Freight Weight Tonnes), mengatasi rekod terdahulu iaitu 1,277,409 FWT yang dicapai pada Oktober 2024.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Nik Muzani Nik Abdul Aziz berkata, pencapaian dua rekod bulanan berturut-turut bagi segmen kontena dan kargo konvensional mencerminkan keupayaan pihaknya dalam memberikan perkhidmatan yang cekap serta boleh dipercayai.

“Kami percaya momentum ini meletakkan Northport di landasan yang betul ke arah satu lagi prestasi kukuh dalam pengendalian kargo kontena dan konvensional pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2025, Northport telah merekodkan jumlah pengendalian kontena sebanyak 3,129,491 TEU, iaitu pertumbuhan 2.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Komposisi segmen turut mencatatkan pertumbuhan 2.9 peratus bagi kargo tempatan, dan 1.5 peratus bagi kargo transhipment berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN