fbpx
JOELINTON turut meledak satu gol dalam kemenangan ke atas Athletic awal pagi semalam. - AFP

Newcastle bangkit, ulangi rekod 23 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Athletic Club dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam sebagai reaksi sempurna selepas kekalahan mengecewakan kepada West Ham United minggu lalu.

Meskipun mengakui persembahan anak buahnya belum mencapai tahap terbaik, Howe tetap berpuas hati dengan disiplin pasukan yang berjaya meraih tiga mata penting di St. James Park.

“Saya sangat gembira hari ini. Ia tindak balas penting selepas perlawanan dengan West Ham. Mungkin kami belum beraksi di tahap terbaik, tapi kami kini dalam kedudukan baik dalam saingan ini,” kata Howe.

Kemenangan itu turut menyaksikan pertahanan Newcastle, Dan Burn membuka tirai jaringan hasil tandukan padu dan mengakui kemenangan tersebut amat bermakna buat mereka.

“Saya dah lama tunggu satu gol seperti ini. Bila bola datang, saya cuma fikir nak tanduk sekuat mungkin,” katanya yang kini menjadi antara tiga pemain Newcastle menjaringkan lebih daripada satu gol menerusi tandukan dalam UCL bersama legenda Alan Shearer dan Faustino Asprilla.

Pemain berusia 32 tahun itu turut memuji semangat pasukan yang berjaya mengawal perlawanan biarpun Athletic memberi tekanan tinggi sejak separuh masa pertama.

“Mereka menekan dengan baik, kami agak terkejut sebab sangka mereka akan bertahan. Tapi kami ubah pendekatan di babak kedua dan berjaya kendalikan permainan. Saya juga gembira untuk Joey (Joelinton), dia pun dah lama tunggu gol seperti ini,” katanya.

Kemenangan ketiga berturut-turut itu menyamai rekod terbaik Newcastle dalam sejarah UCL sejak 2002, sekali gus meletakkan The Magpies di landasan kukuh sebelum aksi getir di tempat lawan menentang Marseille minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI