fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki ditemui tidak sedarkan diri, kes disiasat sebagai bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Polis menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki warga India ditemukan tidak sedarkan diri di tangga sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Puchong, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 daripada seorang lelaki berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 7.03 malam.

“Sepasukan polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang merupakan pemastautin tetap berusia 49 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tangga rumah kedai berkenaan,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Kes masih dalam peringkat siasatan,” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-8074 2222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI