fbpx
Fahmi pada sidang akhbar mingguan mesyuarat kabinet di Putrajaya di sini, hari ini, Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Kerajaan maklum kekosongan jawatan Menteri MITI hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil maklum mengenai kekosongan jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada akhir tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kekosongan itu susulan tamat tempoh jawatan Senator oleh Tengku Zafrul yang akan berakhir Disember ini.

“Dari segi pentadbiran, memang kita maklum ada dua kekosongan ketika ini iaitu Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

“Apabila tamat tempoh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul, akan ada kekosongan ketiga. Maka, sekurang-kurangnya kita perlu mengisi kekosongan ini.

“Itu sahaja yang dapat saya sahkan dari segi pentadbiran, tiada maklumat lanjut setakat ini,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Sebelum ini, Tengku Zafrul memaklumkan, beliau akan menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk memutuskan peranannya sebagai menteri selepas tamat jawatan senator pada Disember. – KSOMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN