fbpx
Tiga angkasawan China melambaikan tangan mereka sebelum berlepas pada April lalu. - AFP

Kapsul dihentam objek misteri, misi kepulangan angkasawan ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Tiga angkasawan China terkandas di stesen angkasa lepas Tiangong selepas kapsul yang sepatutnya membawa mereka pulang ke Bumi rosak akibat dihentam objek misteri, lapor akhbar The Sun UK. 

Chen Dong, Cheng Zhongrui dan Wang Jie berada di stesen Tiangong sejak April lalu dan dijadualkan kembali ke Bumi kelmarin. 

Namun, ia ditangguhkan selepas terdapat kerosakan pada kapal angkasa mereka. 

“Kapal angkasa Shenzhou-20 disyaki terkena serpihan angkasa lepas yang kecil, manakala analisis impak dan penilaian risiko sedang dijalankan,” kata pegawai daripada Agensi Angkasa Lepas China (CMSA) . 

Pelanggaran itu dikesan selepas kru bantuan tiba di stesen angkasa Tiangong dengan menaiki kapal angkasa Shenzhou-21, Jumaat lalu.

Kedua-dua pasukan akan bekerjasama untuk memeriksa kapal angkasa serta menilai sama ada ia mampu digunakan untuk pulang ke Bumi. 

“Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan angkasawan serta kejayaan misi, kami memutuskan bahawa kepulangan Shenzhou-20 yang dijadualkan pada 5 November lepas ditangguhkan,” tambah CMSA. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN