fbpx
MELIHAT anak sulungnya Hadie sudah panda menumpang tidur di rumah kawan-kawan, penyanyi Ina Naim kini berasa risau dan berharap perlakuan tersebut tidak menjerumus ke arah maksiat.

‘Jauhkanlah anak aku daripada maksiat, zina’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Ina Naim meluahkan kebimbangan terhadap tindakan anaknya, Hadie Elfardie yang tidak menginap di rumah rakan seperjuangan ketika menyertai program Talk To My Manager (TTMM), Ammar Haikal, sebaliknya didakwa menumpang tidur di tempat lain.

Melihat situasi tersebut, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 41, mengakui hatinya tidak tenang selain hanya mampu berdoa agar remaja terbabit dijauhkan daripada maksiat.

“Ibu nampak abang (Hadie) bawa beg keluar dari rumah Ammar, mesti tumpang tidur rumah Oddah (Audra).

“Ibu risau, ibu tidak boleh tidur malam.

“Sampaikan ibu berdoa, ‘Ya Allah, jauhkanlah anak aku daripada maksiat dan zina’,” katanya dalam sebuah siaran langsung di laman sosial.

Difahamkan, ketika itu Hadie sedang membuat siaran langsung sambil menerima nasihat daripada ibunya di dalam kereta.

Tambahnya lagi, perasaan risau lahir daripada naluri seorang ibu yang sentiasa ingin memastikan anak-anak berada di jalan benar dan tidak terjebak dalam perkara dilarang agama.

“Ibu sangat risau. Syaitan kalau nak hasut manusia, sesiapa syaitan boleh hasut.

“Orang pakai kopiah atas kepala pun boleh letak tepi kopiah dia.

“Ibu dah 41 tahun hidup, pelbagai dugaan dan ujian. Ibu gelisah, nak tidur pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. Itulah naluri seorang ibu,” ujarnya lagi.

Sejak menyertai TTMM, ketiga-tiga mereka iaitu Hadie, Ammar dan Auddra sangat akrab sehingga menamakan kumpulan mereka sebagai Trio Mut.

Malah, mereka juga sering meluangkan masa bersama walaupun pertandingan tersebut sudah berakhir. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI