fbpx
Seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa jenazah ke tanah perkuburan baru-baru ini. - Instagram

Jalan tak siap, jenazah dibawa naik motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Sanggau, wilayah Kalimantan Barat mengundang perhatian ramai kerana membawa jenazah ke tanah perkuburan dengan menaiki motosikal, lapor portal berita Tribunnews. 

Kejadian berlaku di Dusun Badat Lama, daerah Entikong baru-baru ini. 

Imej dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kembayan_informasi menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal sambil membawa jenazah yang dibungkus dengan kain. 

Selain diikat dengan tali, jenazah itu dibaringkan pada papan kayu yang diletakkan di belakang motosikal agar tidak jatuh. 

Jenazah tersebut pada awalnya dibawa dengan ambulans, namun ditukar kepada motosikal selepas pemandu mendapati laluan ke tanah perkuburan tidak dapat dilalui. 

Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Sanggau, Hendrikus Hengki meminta pemerintah untuk menambah baik infrastruktur di kawasan itu. 

“Saya sangat terkesan dengan keadaan infrastruktur sekarang terutamanya di kawasan yang masih dalam pembangunan sehingga jenazah perlu dibawa dengan motosikal,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI