fbpx
SEBUAH jentolak terbakar akibat serangan Israel di Kampung Ansaryeh semalam. - Foto AFP

Israel tingkatkan serangan di selatan Lubnan, arah penduduk berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIRUT – Tentera Israel melancarkan siri serangan di selatan Lubnan semalam dengan menyasarkan Hizbollah, dalam tindak balas terhadap apa yang digambarkan sebagai usaha kumpulan itu untuk membina semula operasi mereka di rantau berkenaan, lapor saluran berita CNN.

Tentera Israel berkata, serangan itu menyasarkan kemudahan penyimpanan senjata milik Pasukan Radwan, unit elit Hezbollah. 

Ia mendakwa kumpulan itu sedang berusaha untuk membina semula infrastrukturnya di selatan Lubnan.

Sebelum serangan dilancarkan, jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee mengeluarkan amaran kepada penduduk di beberapa buah kampung.

Amaran itu yang diikuti dengan serangan udara telah mencetuskan panik di kampung-kampung yang ramai penduduk, dengan orang ramai melarikan diri dari kawasan berhampiran lokasi yang disasarkan, lapor akhbar Arab News.

Seorang terbunuh, manakala lapan yang lain cedera dalam siri serangan itu, yang dibimbangi akan mencetuskan semula konflik terbuka antara Israel dan Hizbollah.

Presiden Lubnan, Joseph Aoun berkata, serangan tersebut melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa kerana menyasarkan orang awam dan memaksa mereka meninggalkan rumah masing-masing. 

“Semakin Lubnan menunjukkan keterbukaannya terhadap jalan rundingan damai untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak dengan Israel, mereka semakin meningkatkan pencerobohannya terhadap kedaulatan Lubnan,” tulis Aoun di platform X.

Pada November 2024, satu perjanjian gencatan senjata antara Hizbollah dan Israel mula berkuat kuasa, namun tentera Rejim Zionis terus melancarkan serangan dengan alasan kumpulan itu melanggar gencatan senjata. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI