PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima negeri petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu diramalkan berlarutan sehingga pukul 7 malam nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah melibatkan Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
“Perak melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar,” katanya.
Sementara itu, amaran ribut petir turut dikeluarkan di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.
Selain itu, cuaca buruk Sarawak tertumpu di Kuching (Bau dan Lundu), Serian (Tebedu), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru dan Marudi). – KOSMO! ONLINE














