PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir di lima buah negeri.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 1 petang nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Pulau Pinang.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya.
Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka di Perak melibatkan Kerian, Matang Dan Selama dan Larut.
Selain itu, cuaca buruk dijangka melanda Sabah di Pedalaman (Nabawan), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas). – KOSMO! ONLINE














