fbpx
Polis Thailand merampas sebanyak 1.89 juta biji pil kuda dan menahan dua suspek dalam serbuan di Tak Bai, Thailand baru-baru ini.

Gagal seludup 3 juta biji pil kuda, senjata api ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, THAILAND – Cubaan sindiket untuk menyeludup tiga juta biji pil kuda dan senjata api ke Malaysia gagal selepas pihak berkuasa Thailand menjalankan tiga serbuan di beberapa lokasi pada 1 dan 4 November lalu.

Jurucakap Bahagian Narkotik Polis Wilayah 9 berkata, pihaknya merampas lebih 1.89 juta biji pil kuda dan menahan dua anggota sindiket dalam serbuan pertama pada 1 November lalu di kawasan semak di Mukim Nanak, Tak Bai di sini.

Katanya, serbuan dijalankan pada pukul 9.40 malam selepas Bahagian Narkotik Polis Wilayah Narathiwat menerima mengenai penghantaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier. Siasatan mendapati, kesemua dadah itu dihantar dari Tachileik, Myanmar dan disembunyikan di Tak Bai sebelum diseludup ke Malaysia.

“Kedua-dua suspek yang ditahan mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran dadah dari Tachilek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata, pasukan khas polis kemudian melakukan serbuan kedua dan menahan lima lagi anggota sindiket di Wilayah Yala sebelum merampas dadah dan beberapa pucuk pistol. Polis kemudian merampas 1 juta pil kuda dalam serbuan di Wilayah Pattani, 4 November lalu.

“Pihak berkuasa merampas aset bernilai lebih 5.88 juta baht (RM759,099) yang dimiliki sindiket tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI