fbpx
RUSSELL mengharapkan kemenangan ketiganya musim ini apabila turun ke GP Sao Paulo hujung minggu ini. - AFP

F1: Russell harap tuah litar keramat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAO PAULO – Pemandu Mercedes, George Russell sudah bersedia menghadapi apa sahaja cabaran apabila kembali beraksi di Grand Prix (GP) Sao Paulo hujung minggu ini.

Russell pernah mencipta kejutan di Litar Interlagos, Brazil apabila meraih kemenangan GP pertamanya pada 2022 selepas turut menjuarai perlumbaan sprint.

Bagaimanapun, litar keramat itu juga menjadi tempatnya mengalami kekecewaan musim lalu apabila strategi hentian pit pasukan terganggu akibat bendera merah, sekali gus memaksanya menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

“Kami masuk ke pit dan dua minit kemudian perlumbaan dihentikan. Ia amat mengecewakan kerana jika tiada bendera merah, strategi kami tepat dan mempunyai peluang menang.

“Itulah lumrah perlumbaan Formula Satu (F1). Ada masanya keadaan memihak kepada anda dan ada masanya tidak.

“Apapun, saya sukakan budaya di sini. Penyokongnya sangat bersemangat. Brazil sentiasa istimewa untuk saya,” katanya.

Musim ini, Russell sudah meraih dua kemenangan, termasuk di Singapura bulan lalu selain Mercedes juga masih dalam perebutan untuk menamatkan musim di tempat kedua dalam kejuaraan pengeluar, bersaing dengan Ferrari dan Red Bull.

Berbaki empat perlumbaan, Russell melihat Sao Paulo, Las Vegas dan Qatar sebagai peluang terbaik buat Mercedes mencipta kejutan dengan Abu Dhabi menjadi penutup tirai musim ini pada 7 Disember.

“Kami perlu kekal terbuka dan merebut peluang apabila ia muncul. Matlamat kami adalah menewaskan Ferrari dan Red Bull untuk tempat kedua kerana ia sangat bermakna buat seluruh pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN