fbpx
Tangkap layar hantaran oleh @Masterkie1971 di TikTok, memaparkan ruang parkir keretanya menjadi tempat parkir untuk deretan pasu jiran.

‘Depan rumah aku bersusun pasu bunga jiran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ‘Aku nak parkir kereta pun susah.’

Itu reaksi seorang lelaki selepas jirannya meletakkan deretan pasu di ruang parkir kereta di hadapan rumahnya.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @Masterkie1971, mendakwa sudah beberapa kali bertelagah mengenai susunan pasu tersebut.

“Depan rumah aku jadi tempat parkir pasu bunga jiran,” menurutnya pada ruang kapsyen.

Tambahnya, dia sudah malas untuk terus bertelagah dengan jiran berkenaan kerana tahu perangai dan masalah yang sama akan tetap berulang.

Menjengah ke ruang komen, ramai berkongsi pendapat dan pengalaman menghadapi jiran yang tiada pertimbangan wajar.

“Sikap jiran yang tak tahu nak menjaga hati dan perasaan orang sehingga memberi kemudaratan kepada orang lain,” komen @Mohdlizamlizam

“Macam jiran saya kereta banyak, parkir depan rumah jiran. Jiran pula susah nak keluar parkir. Bila tegur sekejap sahaja baik, esok buat lagi,” kata Halimah.

“Lempar sahaja pasu-pasu itu ke parit. Nanti kalau jiran minta ganti rugi bayar sahaja, mesti selepas itu takkan berani nak letak apa-apa di situ,” komen @Jai –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN