fbpx
Gambar hiasan.

Bunuh pemastautin tetap: 6 lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Seramai enam orang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki pemastautin tetap warga India di Pusat Bandar Puchong, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam percakapan empat individu termasuk pengadu.

“Suspek utama sudah dikenal pasti iaitu seorang lelaki warga India.

“Semakan (rakaman) televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian juga telah disemak. Terdapat CCTV yang boleh membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan, mangsa berusia 49 tahun itu difahamkan bekerja sebagai juruelektrik dan telah menetap 19 tahun di negara ini.

Terdahulu, media melaporkan, seorang lelaki warga India ditemui tidak sedarkan diri di tangga sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Puchong.

Mangsa ditemui selepas polis menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang lelaki berhubung kejadian berkenaan kira-kira pukul 7.03 malam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI