fbpx
AINA (kanan) bersama Harith (kiri) dan Azwan masing-masing menyumbang pingat buat pasukan negara pada Kejohanan Petanque Asia hari ini.

Aina sebak sambar perak Petanque Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penampilan sulung dalam acara shooting wanita membawa tuah buat atlet negara, Nur Iman Aina Ahmad Sabti apabila meraih pingat perak pada Kejohanan Petanque Asia 2025.

Pada aksi final yang berlangsung di Arena Petanque Kuala Lumpur hari ini, pakar acara triples itu terpaksa akur kalah tipis 22-27 kepada wakil Indonesia, Anni Saputri.

Aina yang dilihat agak beremosi sebaik sahaja perlawanan tamat mengakui, dia langsung tidak menyangka dapat melangkah jauh dalam acara shooting itu.

“Ini adalah kali pertama saya bertanding dalam acara shooting dan mara ke final. Ia sangat mencabar tetapi saya sudah pamerkan aksi dengan sepenuh jiwa.

“Lawan hari ini sangat kuat dan dia sudah menewaskan atlet Thailand yang merupakan juara dunia. Saya akan bekerja lebih keras menjelang Sukan SEA nanti,” katanya.

Pasukan negara turut meraih satu lagi perak dalam kategori shooting remaja selepas Muhd. Harith Muhaimin Hafaizul tewas 26-29 kepada Nun Ravin dari Kemboja di pentas final.

“Prestasi hari ini agak menurun berbanding semalam tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Pingat perak ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus maju,” ujarnya.

Sementara itu, Muhd. Nuzul Azwan Temizi yang beraksi dalam acara shooting lelaki hanya berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas 19-27 kepada atlet Taiwan, Wu Kun Yu di separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN