fbpx
GAMBAR fail logo YouTube pada skrin sebuah telefon bimbit. - Foto AFP

YouTube tutup akaun tiga pertubuhan hak asasi manusia Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Laman web perkongsian video, YouTube memadam lebih 700 video dan menutup akaun tiga pertubuhan hak asasi manusia utama Palestin, lapor portal berita Middle East Monitor semalam. 

Menurut laporan laman berita bebas, The Intercept, akaun yang dipadam itu milik Al-Haq, Al Mezan Center for Human Rights dan Palestinian Centre for Human Rights.

Kesemua saluran itu telah menyiarkan pelbagai rakaman yang mendakwa pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel di Gaza dan Tebing Barat.

Menurut The Intercept, kandungan video yang dipadam termasuk siasatan terhadap serangan Israel, testimoni daripada mangsa yang terselamat dan dokumentasi pembunuhan wartawan Palestin-Amerika, Shireen Abu Akleh.

Pemadaman itu berlaku pada awal Oktober lalu, tidak lama selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terhadap kumpulan-kumpulan tersebut kerana kerjasama mereka dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

YouTube mengesahkan bahawa penutupan akaun dilakukan selepas semakan yang dicetuskan oleh sekatan AS, sambil menyatakan bahawa platform itu terikat untuk mematuhi undang-undang perdagangan.

Aktivis-aktivis hak asasi manusia dan kumpulan Palestin mengecam tindakan itu.

Mereka menganggapnya sebagai usaha untuk menutup suara rakyat Palestin dan memadam bukti penting, sambil menekankan bahawa pertubuhan-pertubuhan tersebut tidak diberi amaran sebelum saluran mereka dipadam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN