fbpx
GAMBAR fail Gabriele Nunziati semasa sidang media di Brussels. - Tangkap Layar/Sidang media EU

Wartawan dipecat selepas tanya soalan berhubung Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRUSSELS – Seorang wartawan Itali dipecat daripada jawatannya selepas bertanya soalan kepada jurucakap Suruhanjaya Eropah berhubung sama ada Israel perlu menanggung kos pembinaan semula Gaza, lapor laman berita Middle East Monitor semalam. 

Menurut laporan laman berita The Intercept yang dipetik oleh agensi berita Anadolu, kontrak Gabriele Nunziati, seorang wartawan koresponden yang berpangkalan di Brussels, Belgium akan ditamatkan.

Nunziati yang berkhidmat untuk agensi berita Nova dari Rom akan ditamatkan kontrak kira-kira sebulan selepas beliau mula membuat liputan mengenai Kesatuan Eropah (EU).

Keputusan itu dibuat tidak lama selepas satu soalan yang beliau ajukan semasa sidang akhbar pada 13 Oktober lalu menjadi tular di media sosial.

Dalam sidang akhbar itu, Nunziati bertanya kepada ketua jurucakap Suruhanjaya Eropah, Paula Pinho tentang mengapa Israel tidak sepatutnya memikul tanggungjawab kewangan untuk membina semula Gaza.

Pada masa sama, beliau menekankan bahawa EU berulang kali menyatakan Russia harus membayar kos pembinaan semula Ukraine.

“Anda telah berulang kali menyatakan bahawa Russia harus membayar kos pembinaan semula Ukraine. Adakah anda percaya bahawa Israel juga sepatutnya membayar kos pembinaan semula Gaza memandangkan mereka telah memusnahkan hampir semua infrastruktur awam di wilayah itu?” soal Nunziati.

Pinho menjawab bahawa ia adalah soalan yang menarik, namun enggan memberi sebarang komen lanjut.

“Dua minggu kemudian iaitu pada 27 Oktober lalu, saya menerima e-mel daripada Nova yang memaklumkan bahawa agensi itu berhasrat untuk menamatkan kerjasama kami,” kata Nunziati kepada The Intercept.

Jurucakap Nova, Francesco Civita mengesahkan penamatan tersebut dan berkata, soalan yang diajukan itu tidak tepat dari segi teknikal kerana Russia telah menyerang sebuah negara berdaulat tanpa provokasi, manakala Israel bertindak balas terhadap satu serangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN