fbpx
Seorang pegawai AKPS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

Veteran ATM bantu AKPS mulai Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bakal memperkukuh operasi kawalan pintu masuk negara menerusi penglibatan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula awal tahun depan.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, inisiatif itu diambil selepas perbincangan bersama pihak veteran ATM bagi meneliti pelaksanaan model kerjasama yang digunakan agensi perkhidmatan lain sejak empat tahun lalu.

Katanya, penglibatan veteran akan dilaksanakan bagi membantu tugasan lapangan dan operasi penguatkuasaan, khususnya di kawasan pintu masuk utama negara.

“Model itu telah terbukti berkesan dalam agensi lain, dan kita melihat ia sesuai diterapkan di AKPS sebagai langkah memperkukuh tenaga kerja serta keupayaan taktikal di lapangan.

“Kuasa pelaksanaan tugas akan dijalankan bersama pegawai-pegawai AKPS dengan tanggungjawab ditentukan mengikut keperluan operasi semasa,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mohd. Shuhaily berkata, hasil mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara bturut mengarahkan kerjasama tersebut dilaksanakan secepat mungkin memandangkan ia telah dimaklumkan dalam Belanjawan Negara 2026.

“Pelaksanaan ini berasaskan kontrak dan akan dimulakan pada Januari 2026 sebaik sahaja peruntukan disalurkan.

“Kita juga akan memulakan proses pengambilan 220 ahli itu secara berperingkat sepanjang tahun 2026 bagi memastikan pelaksanaan berjalan teratur,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI