PETALING JAYA – Universiti Shanghai Jiao Tong di China bersedia untuk memberi diskaun yuran pengajian kepada pelajar Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Universiti Shanghai Jiao Tong merupakan universiti ke-3 terbaik di China dan ke-47 terbaik dunia.
“Universiti Shanghai Jiao Tong bahkan tawar biasiswa secara tajaan bersama pelajar-pelajar Mara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Asyraf Wajdi berkata, tawaran biasisiwa tersebut dalam bidang Kejuruteraan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berteknologi tinggi dan kecerdasan buatan (AI) – KOSMO! ONLINE














