fbpx
SELANGOR pastinya mahu mendedikasikan kemenangan buat Sharul Nazeem Zulpakar yang berehat panjang kerana kecederaan anterior cruciate ligament (ACL). - SELANGOR FC

Selangor tekad bangkit di pentas Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Selangor FC, Christophe Gamel tidak mempunyai masa untuk terus mencari alasan dan tidak rela The Red Giants menjadi pasukan paling lemah dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini.

Selepas dipalit kekalahan dalam tiga perlawanan, Gamel tetap merasakan pemainnya masih memiliki jiwa untuk menghadirkan tiga mata pada aksi menentang Persib Bandung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

“Kami perlu mencuba sehabis baik di ACL2 dan saya perlu menghormati semua orang. Dalam Liga Super, kita mampu hadapi, namun masih ada beberapa perkara yang perlu saya baiki bagi membolehkan kami mengekalkan momentum seperti sekarang.

“Kami ambil setiap cabaran selepas ini dan seperti saya beritahu sebelum ini, dengan semangat yang ada, kami perlu tingkatkan lagi kemampuan pasukan,” katanya.

Mengulas mengenai situasi tidak konsisten dijelmakan pasukannya musim ini, Gamel mengakui berdepan tugas mencabar untuk mengekalkan momentum yang sedang dibina dalam saingan ACL2.

Tidak hanya memburu kemenangan sulung di pentas ACL2, tiga mata malam ini akan melunaskan misi membalas dendam The Red Giants selepas tewas 0-2 kepada Persib Bandung pada perlawanan pertama bulan lalu.

“Setiap masa kami boleh mendapatkan momentum yang baik tetapi (selepas ini) kami bermain di ACL2, jadi saya memiliki kesukaran untuk mengekalkan momentum ini.

“Dalam saingan ACL2, jika kami melakukan kesilapan kecil, kami pasti akan dihukum, tetapi tidak mengapa, dengan semangat pasukan seperti ini kami boleh melakukan tugas dengan baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN