fbpx
RHODICT kembali menemui keyakinan selepas menjuarai 10m platform Terbuka Malaysia pada Ahad lalu.

Prestasi penerjun pada landasan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGARAH teknikal kem terjun negara, Yeoh Ken Nee berpuas hati dengan prestasi skuad kebangsaan terutama kebangkita semula Bertrand Rhodict Lises pada Terbuka Malaysia 2025 yang berakhir di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Ia susulan kecemerlangan prestasi ditunjukkan Rhodict yang pernah bersaing di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menjuarai acara 10 meter platform lelaki selepas melalui tempoh sukar dalam kariernya.

“Saya sangat gembira dengan pencapaian Rhodict. Dia menunjukkan semangat dan fokus yang tinggi selepas menghadapi beberapa cabaran sebelum ini. Sekarang dia semakin yakin dan berada pada rentak yang positif untuk musim 2026,” ujar Ken Nee.

Dalam masa sama, Ken Nee juga merasakan pencapaian konsisten para penerjun sepanjang saingan menunjukkan hasil kerja keras dan disiplin diterapkan dalam latihan sejak awal musim.

“Saya gembira dengan prestasi semua penerjun kita. Hasil yang ditunjukkan di kejohanan ini mencerminkan kerja keras, disiplin dan perkembangan berterusan yang mereka capai dalam latihan,” katanya.

Ken Nee menjelaskan, kejohanan itu turut memainkan peranan penting sebagai medan penilaian terhadap tahap kesediaan atlet selain membantu mereka mendapat skor kelayakan minimum (MQS) untuk kejohanan antarabangsa yang akan datang.

“Terbuka Malaysia bukan sekadar pertandingan tempatan. Ia platform penting untuk menilai tahap kesediaan atlet sebelum ke pentas lebih besar, serta membantu mereka mencapai MQS masing-masing,” jelasnya.

Sementara itu, Ken Nee mengakui masih terlalu awal untuk membuat penilaian menyeluruh terhadap barisan penerjun muda yang baru pertama kali menyertai kejohanan antarabangsa di gelanggang sendiri.

“Bagi penerjun muda, ini baru langkah awal mereka. Kita perlu pantau dengan lebih dekat kerana mereka masih dalam fasa pembelajaran dan adaptasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI