fbpx
PEI KEE (kanan) mengalami kecederaan menyebabkan dia dan Mei Xing terpaksa menarik diri daripada Terbuka Hylo minggu lalu.

Pei Kee terlepas aksi Kumamoto Masters?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN beregu wanita negara, Go Pei Kee mungkin terlepas aksi Kumamoto Masters di Jepun minggu depan selepas mengalami kecederaan yang memaksa dia dan pasangannya, Teoh Mei Xing menarik diri daripada Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman pada Jumaat lalu.

Jurulatih beregu wanita kebangsaan, Rosman Razak mengesahkan Pei Kie mengalami kecederaan sejak dua minggu lalu dan walaupun keadaan pada awalnya menunjukkan perkembangan positif, kesakitannya kembali selepas perlawanan suku akhir.

“Pei Kee mengalami kecederaan (dua) minggu lepas. Keadaannya nampak semakin baik apabila kami tiba di sini (Eropah), tetapi selepas aksi pusingan kedua, kesakitannya kembali terasa.

“Mereka baru sahaja cuba untuk berlatih, tetapi tidak boleh. Nampak seperti mustahil untuk dia sempat pulih bagi aksi di Kumamoto, namun akan pulang berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Dalam aksi suku akhir Terbuka Hylo, pasangan pilihan keempat itu ketinggalan 13-21, 13-14 kepada gandingan Turkiye, Bengisu Ercetin-Nazlican Inci sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri apabila Pei Kee mengalami kecederaan.

Rosman bagaimanapun tetap melihat perkembangan positif daripada siri kejohanan di Eropah, terutama menerusi pasangan muda Carmen Ting dan Ong Xin Yee yang menunjukkan peningkatan dari segi permainan dan keyakinan.

“Perkembangan Carmen dan Ong nampak bagus, cuma standard mereka masih jauh daripada pemain ternama.

“Terima kasih kepada BAM yang berterusan mendedahkan mereka kepada kejohanan antarabangsa. Mereka ada kebolehan dan masih muda, jadi kita perlu sabar melabur untuk pasangan ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN