fbpx
Bank Negara Malaysia

OPR kekal pada 2.75 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuarat hari ini memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Menurut Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan di sini, pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi dalam keadaan harga yang stabil.

“MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri,” katanya.

Mesyuarat sama turut meluluskan jadual mesyuarat MPC tahun depan, yang akan diadakan sebanyak enam kali selaras dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009.

Mesyuarat MPC pertama tahun 2026 bakal diadakan pada 22 Januari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI