fbpx
Anthony Loke menyampaikan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kepada pemenang utama pada majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) di kementeriannya di sini, hari ini. ‎FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Nahas FRU: Kementerian berkaitan disyor ambil tindakan susulan sewajarnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan disyor mengambil tindakan susulan sewajarnya berhubung langkah penambahbaikan kenderaan kerajaan susulan nahas jalan raya yang meragut sembilan nyawa anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun Kementerian Pengangkutan (MOT) boleh menyediakan laporan dan syor berkaitan, namun pelaksanaan sebenar bergantung kepada kementerian berkaitan.

“Saya telah bentangkan laporan itu kepada Jemaah Menteri minggu lalu sebelum ia didedahkan kepada umum.

“Justeru, saya memohon kerjasama daripada kementerian-kementerian terlibat khususnya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan untuk ambil tindakan susulan,”katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan MOT di sini hari ini.

Beliau turut mengakui bahawa pelaksanaan cadangan itu bukan satu perkara mudah kerana ia melibatkan proses seperti naik taraf kenderaan sedia ada atau perolehan aset baharu.

“Pada akhirnya yang perlu mengambil tindakan ialah kementerian terlibat, tentulah ada cabarannya dan memerlukan masa untuk dilaksanakan sebab ini ada pelbagai langkah mungkin kenderaan baru dan sebagainya,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN