fbpx
Anwar ketika melancarkan Majlis Peluncuran Malaysia Semikonduktor IC Design Park 2 di Cyberjaya di sini, hari ini. ‎ ‎Turut bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (tiga, kanan). ‎FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Malaysia pacu pertumbuhan melalui semikonduktor, digitalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA- Malaysia perlu memperkukuh jaringan dagangan global dengan memberi tumpuan kepada kemasukan pelaburan berteknologi tinggi, khususnya dalam sektor semikonduktor, transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan terus muncul sebagai antara negara dagang utama di rantau ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia kini semakin dikenali sebagai hub ASEAN yang bersifat antarabangsa bukan hanya serantau, tetapi turut melibatkan negara seperti Kanada, Eropah, Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea, India, Australia, New Zealand, Brazil dan Afrika Selatan.

“Malaysia dan ASEAN akan hanya berjaya jika kita memperkukuh kerjasama pelaburan, khususnya dalam bidang digital dan AI.

“Pada masa yang sama, kita perlu memperluaskan jaringan dengan Amerika Syarikat kerana 25 peratus keperluan elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor Amerika datang dari Malaysia, melibatkan ribuan rantaian bekalan dan puluhan ribu pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Malaysia Semikonduktor IC Design Park 2 (IC Park 2), di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, Malaysia juga mengamalkan dasar centrality (seimbang) dan bersahabat dengan semua, termasuk China yang sedang berkembang pesat.

Malah, Anwar berkata, hubungan baik dengan China, Brazil dan Afrika Selatan juga telah membuka ruang perdagangan baharu, termasuk di benua Afrika dan Amerika Latin.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI