fbpx
MAC ALLISTER (depan) muncul wira apabila meledak gol tunggal untuk menewaskan Real di Anfield awal pagi semalam. - LIVERPOOL FC

Liverpool sudah lupakan episod hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Alexis Mac Allister pada minit ke-61 berjaya membantu Liverpool menewaskan Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Anfield awal pagi semalam.

Kemenangan itu dijangka mampu membangkitkan semangat juang selain memberi keyakinan baharu buat pemain-pemain The Reds bagi melupakan episod hitam yang terpaksa diharungi pada aksi sebelum ini.

Pengurus Liverpool, Arne Slot menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya kerana bukan sahaja dapat mengutip tiga mata, malah turut menampilkan aksi lebih baik berbanding gergasi La Liga itu.

“Satu kemenangan yang sangat penting, lebih-lebih lagi menentang sebuah pasukan hebat seperti Real. Mereka memiliki rentak yang cukup baik apabila hanya kalah sekali dalam aksi terdahulu.

“Kami bukan sahaja mampu menewaskan mereka tetapi pemain-pemain juga mempamerkan aksi cukup baik sepanjang 90 minit permainan. Bagi saya, ia satu perkembangan yang sangat positif,” katanya.

Sementara itu, beliau juga gembira dengan aksi individu dipamerkan bek kanan, Conor Bradley apabila berjaya merantai pergerakan Vinicius Junior, sama seperti dilakukan kepada Kylian Mbappe musim lalu.

“Conor (Bradley) sangat hebat hari ini (semalam), sama seperti dilakukan ketika berdepan Real tahun lalu. Dia langsung tidak memberikan ruang buat Vinicius untuk bergerak bebas hari ini (semalam),” ujar Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN