fbpx
keadaan mangsa yang maut selepas bertembung dengan sebuah kereta dalam nahas di Kota Samarahan malam tadi.

Lelaki maut dengan kaki terputus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA SAMARAHAN – Seorang pekerja kilang maut dengan kaki kiri terputus selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Jalan Kota Samarahan-Asajaya.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 7.50 malam tadi, dengan lelaki berusia 39 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati semasa kejadian, kereta yang dipandu wanita berusia 29 tahun terbabit sedang dalam perjalanan dari Sebuyau menghala ke Kuching.

“Semasa sampai di kilometer 17, Jalan Kota Samarahan-Asajaya, tiba-tiba motosikal yang ditunggang mangsa telah memasuki laluan dan melanggar bahagian depan sebelah kanan kereta tersebut yang sedang bergerak lurus.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu putus pada bahagian kaki kiri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI