fbpx
Anthony bercakap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

‘Naik mahkamah atau disenarai hitam jika tak bayar saman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Sebanyak 5,538,038 saman tertunggak dikesan masih belum dijelaskan oleh pengguna jalan raya setakat ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, keseluruhan saman tertunggak itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan termasuk saman kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) serta notis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Jumlah itu merangkumi 1,387,384 saman AwAS, 3,685,164 notis JPJ P(22) selain 297,382 saman melibatkan notis 114 (berkaitan ubah suai kenderaan), 161,699 bagi notis 115 (pemeriksaan kenderaan) dan 6,409 notis Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (ALPKP),” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertungguk supaya mengambil peluang untuk menjelaskan saman masing-masing sebelum 30 Disember ini.

Katanya, ini kerana selepas 1 Januari tahun hadapan, mana-mana saman yang masih belum dijelaskan bakal berdepan tindakan tegas.

“Kalau ada yang perlu ke mahkamah, dia akan ke mahkamah dan yang tak perlu ke mahkamah kita akan terus senarai hitam.

“Maksudnya selepas 1 Januari kalau masih ada saman tertunggak yang belum dijelaskan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) mereka akan disenarai hitamkan dan tidak boleh diperbaharui kerana kita akan integrasi melalui sistem MySikap,” katanya.

Beliau turut memberi peringatan supaya tempoh dua bulan ini digunakan untuk menyelesaikan semua saman tertunggak kerana JPJ hanya kutip 50 peratus sahaja jumlah kompaun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI