fbpx
BADRUL Afzan (kanan) kekal tenang walaupun sedar wujud desakan untuknya melepaskan jawatan selaku jurulatih TFC. - FARIZ RUSADIO

Kritikan peminat suntik motivasi Badrul Afzan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Pengendali Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali kekal tenang dan positif walaupun sedar mengenai desakan peminat yang mahu dirinya melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih.

Sebaliknya Badrul Afzan mahu menjadikan kritikan itu sebagai pendorong utama kepada kebangkitan yang bakal dilakukan pada aksi menentang Negeri Sembilan, 22 November depan.

“Desakan penyokong tidak mematahkan semangat malah menjadikan saya lebih kuat. Saya harap mereka terus beri kepercayaan kepada pemain-pemain yang amat memerlukan sokongan moral terutama dalam situasi sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Badrul Afzan menjelaskan tekanan terhadapnya makin memuncak selepas TFC tersingkir daripada saingan Piala FA dan dibelasah Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-5.

Mengulas mengenai kemungkinan bakal dipecat jika tewas kepada Negeri Sembilan, Badrul Afzan menganggap ia adalah perkara normal dalam bola sepak.

“Saya dan pemain-pemain sedang bekerja keras untuk kembali ke prestasi terbaik sebelum menentang Negeri Sembilan. Kami mahu terus bergerak ke hadapan dan secara peribadi, saya anggap ia sebagai cabaran malah terbuka untuk terima apa juga kemungkinan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN