SEJAK kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan pelbagai laporan kejadian tidak dingini yang berlaku di sekolah melibatkan pelajar. Kemuncaknya adalah insiden pembunuhan yang sedikit sebanyak telah mencalarkan sistem pendidikan negara yang terbina sejak sekian lama. Sebelumnya, kejadian tidak bermoral terjadi di dalam premis sekolah melibatkan pelajar-pelajar yang baru menginjak ke usia remaja. Ia menjadi bicara umum masyarakat sehinggakan ramai pihak menawarkan pendapatan dan tindakan segera yang perlu diambil untuk meningkatkan keselamatan di sekolah. Apa yang terjadi ini adalah lambang kebejatan……














