PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Fatiya Latiff menyuarakan pendapat mengenai soalan perkahwinan yang dianggap bukan satu kewajipan.
Menurut Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 38,silap memilih pasangan boleh membawa kepada penderitaan dan akhirnya menjerumuskan kepada penceraian.
“Kenapa orang selalu fikir fasal kahwin. Kahwin kan tak wajib.
“Selepas itu kalau salah pilih pasangan nanti bercerai juga atau terseksa seumur hidup. Hari-hari tengok muka pun bosan juga,” katanya dalam Threads.
Rata-rata bersetuju dengan kenyataan pelakon drama popular Ariana Rose itu dan berpendapat bahawa hidup bersendirian juga mampu membawa kebahagiaan.
“Betul itu, kahwin bukan wajib. Salah pilih pasangan boleh buat hidup stres, bosan atau bercerai. Hidup sendiri pun boleh bahagia, paling penting pilih ikut hati bukan tekanan orang,” tutur peminat.
“Segelintir orang letak perkahwinan dengan anak sebagai sasaran hidup. Ada yang tak masukkan pun, selagi awak gembira maka okey saja,” ujar pengikut. – KOSMO! ONLINE














