fbpx
KAI WUN (kanan) enggan menjadikan kecederaan betis dialaminya sebagai alasan untuk tidak beraksi pada Kumamoto Masters minggu depan.

Kai Wun sanggup tahan sakit demi WTF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dijangka tetap meneruskan perancangan untuk beraksi pada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters minggu depan meskipun Kai Wun masih dibelenggu kecederaan.

Kejohanan Jelajah Dunia Super 500 di Jepun itu dianggap penting dalam usaha mereka untuk memburu kelayakan ke Jelajah Dunia Akhir (WTF) yang akan berlangsung di Hangzhou, China pada Disember depan.

Kai Wun berkata, dia sedia mengambil risiko dengan kecederaan betis dialaminya kerana mereka perlu mendapatkan mata kelayakan bagi memenuhi hasrat beraksi pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$3 juta (RM12.58 juta) itu.

“Selepas ini, kami akan menyertai Kumamoto Masters kerana belum layak ke WTF, jadi perlu bermain di sana. Kutipan mata kami pun sudah dekat (untuk layak), jadi kita berjuang sahaja nanti.

“Memang saya terpaksa ambil risiko kerana kami perlu bermain bagi melayakkan diri ke WTF. Sebelum ini pun kita sudah cuba pada Terbuka Perancis dan Hylo, keputusan juga sangat positif,” katanya.

Berdasarkan peraturan ditetapkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), lapan beregu terbaik dalam ranking Jelajah Dunia akan layak ke WTF dan maksimum dua beregu sahaja dibenarkan untuk setiap negara.

Setakat semalam, Wei Chong-Kai Wun berada di tangga ketiga ranking Jelajah Dunia, satu tangga di belakang Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang sudah mengesahkan kelayakan, namun perlu bersaing dengan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk slot kedua itu.

“Selepas ini, mesti ada rasa teragak-agak (untuk bermain) di awal perlawanan. Bagaimanapun, itu bergantung juga kepada kemahuan diri, kekuatan hati dan mental untuk bermain nanti,” ujar Kai Wun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN