fbpx
Kebakaran hutan berlaku di Taman Seri Timah, Balakong, malam ini. Foto IHSAN JBPM

Hutan seluas 1.2 hektar terbakar di Balakong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Kebakaran hutan seluas kira-kira 1.2 hektar dilaporkan berlaku di kawasan berbukit Taman Seri Timah, Balakong, malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.02 malam.

“Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dengan bantuan BBP Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Anggota bertugas sedang menjalankan kerja-kerja pemadaman di lokasi,“ katanya dalam kenyataan malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN