PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir di lapan buah negeri.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 12 tengah hari nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan Pulau Pinang.
“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak,” katanya.
Selain itu, cuaca buruk juga dijangka melanda Selangor di Kuala Langat dan Sepang sementara di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.
“Sementara itu cuaca buruk turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka,” katanya. – KOSMO! ONLINE














