fbpx
Gambar hiasan.

Bujang terlajak mahu nikah dapat RM500 di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Golongan bujang telajak yang berusia lebih 35 tahun kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri membenarkan mereka membuat permohonan Bantuan Belia Kahwin yang akan dibuka selepas ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata bantuan tersebut dibuka kepada belia dan individu yang pertama kali mendirikan rumah tangga, termasuk bujang berusia atas 35 tahun.

Katanya, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM5 juta dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2025 bagi membantu golongan muda melangkah ke fasa berkeluarga.

“Setakat ini seramai 3,650 anak Negeri Sembilan sudah menerima manfaat bantuan kahwin ini dengan jumlah perbelanjaan RM1.825 juta. Masih ada baki, jadi kalau ada bujang telajak yang mahu berkahwin kali pertama, mereka boleh mohon selepas ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival TVET Negeri Sembilan 2025 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN