fbpx
Coklat yang diterima sebagai buah tangan sempena majlis perkahwinan Siti Nurhaliza dan Khalid.

Bertahun peminat setia simpan ‘doorgift’ majlis Siti Nurhaliza dan Datuk K

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna Thread mengenai buah tangan yang diterima semasa majlis perkahwinan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian individu tersebut yang dikenali sebagai Ajilee, dia mendedahkan bahawa dia masih menyimpan coklat buah tangan yang diterima semasa majlis itu yang kini sudah pun tamat tempoh.

Katanya, dia tidak sanggup memakan coklat istimewa itu kerana menganggapnya sebagai kenangan berharga daripada majlis perkahwinan selebriti itu.

“Kisah lucu.. Ini coklat buah tangan dari Datuk Khalid dan Datuk Siti sempena majlis perkahwinan mereka.

“Sanggup tak makan simpan dalam peti sejuk. Bertahun-tahun bertapa dalam peti sejuk. Sampai coklat tu expired (tamat tempoh),” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen yang terhibur dengan kesetiaan pemilik coklat berkenaan menjaga buah tangan bersejarah itu selama bertahun-tahun.

“Ibu saya perancang perkahwinan mereka dulu, dan ya sama juga ibu simpan lama segala jenis goodies dia. Sepanjang meeting (mesyuarat) pasal majlis memang baik dan sangat humble (rendah diri). Ibu saya kata keperibadian Datuk Siti disenangi semua orang,” kata Nisha.

“Dah boleh masuk muzium dah kak. Anak dia dah dua dah pun. Boleh anak-anak dia tengok balik ‘doorgift’ mak ayah dia kawin,” seloroh Najwa.

“Nak kena cari ni ‘doorgift’ dekat majlis Datuk Siti belah Kuala Lipis pula. Nanti balik kampung nak tanya mak! Seingat saya bakul silver kecil ada rumbu-rambu warna merah jambu,” kata Paa_ee.

Bagaimanapun, difahamkan buah tangan tersebut akhirnya terpaksa dibuang kerana sudah terlalu lama disimpan oleh individu tersebut.

Terdahulu, Siti Nurhaliza dan suaminya yang mesra disapa Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 7, dan Muhammad Afwa, 4.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN