fbpx
Antara gambar memaparkan sukarelawan doktor Malaysia yang melakukan pembedahan di Gaza. Foto MERCY MALAYSIA

‘Bangganya tengok doktor Malaysia di Gaza’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia meluahkan rasa bangga dan terharu apabila menyaksikan pasukan doktor tempatan terus menabur bakti di Gaza melalui misi kemanusiaan yang dijalankan oleh Sukarelawan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia).

Menerusi gambar yang tular di media sosial, kelihatan sukarelawan perubatan Malaysia menjalankan pembedahan serta membantu mangsa yang cedera akibat serangan di Gaza.

Menerusi hantaran di Facebook Mercy Malaysia, organisasi tersebut menghantar Specialised Care Team 6 (SCT 6) terdiri daripada pembedahan dan rundingan ortopedik, rawatan dialisis, serta penjagaan ibu dan anak di Hospital Al-Shifa.

Katanya, sukarelawan perubatan Mercy Malaysia yang beroperasi sebagai unit pembedahan khas kekal komited dalam usaha menyelamatkan nyawa.

“Selain itu sukarelawan komited memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa yang cedera serta rawatan khusus kepada pesakit yang memerlukan perhatian segera.

“Mercy Malaysia akan menyokong usaha pemulihan sistem kesihatan di Gaza, selain terus memastikan akses kepada perkhidmatan rawatan kritikal serta mempertahankan hak setiap individu untuk menikmati kesihatan yang sewajarnya,” tulisnya.

Tindakan sukarelawan itu menerima pelbagai pujian daripada rakyat yang kagum dengan keberanian serta semangat kemanusiaan pasukan tersebut.

“Satu Malaysia bangga dengan kamu semua,” komen Nur Nadhirah.

“Masya Allah, bos, pakar dan konsultan kami. Semoga Allah rahmati kalian,” komen Dr Afif.

Sementara itu ada juga yang berkata salah seorang sukarelawan berkenaan merupakan doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR).

“Nampak kami punya konsultan ortopedik dalam gambar. Bangga saya sebagai salah seorang staf HTAR,” komen Fatin Amirah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN