fbpx
Nota yang ditemui ditampal pada akuarium di dalam rumah wanita yang ditemukan maut bersama anaknya di Taman Perak, Kulim kelmarin.

Anak lelaki trauma, ibu adik ditemukan maut dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjaya mengesan bapa kandung kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang terselamat dalam kes kematian tragis ibu dan adik perempuannya di rumah mereka di Taman Perak, Kulim kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perpaduan negeri, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, JKM sudah mendapatkan maklumat berkaitan kanak-kanak itu yang kini masih trauma ekoran kejadian tersebut.

“Pelindung JKM sudah mendapatkan maklumat daripada pihak polis dan Hospital Kulim. Kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada bahagian leher akibat jerutan dan masih menerima rawatan.

“Bapa kandungnya ada menyatakan kesediaan untuk menjaga kanak-kanak itu selepas dibenarkan keluar hospital. JKM akan melakukan lawatan dan pemantauan di rumah lelaki itu bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa terjamin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Halimaton, pihak JKM juga bersedia untuk memberikan kaunseling kepada kanak-kanak tersebut.

Kosmo! semalam melaporkan seorang wanita berusia 30 tahun ditemukan mati tergantung pada kipas siling, manakala anak perempuannya yang berusia empat tahun dijumpai tidak bernyawa atas katil dipercayai dilemaskan dengan bantal.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, seorang lagi anak wanita itu yang berusia tujuh tahun berjaya melarikan diri sebelum mendapatkan bantuan jiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI