fbpx
GARNACHO (kiri) meledak gol penyamaan buat Chelsea dalam babak kedua untuk membawa pulang satu mata dari Azerbaijan. - AFP

Alasan Chelsea diikat kelab kerdil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAKU – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca ‘menuding jari’ kepada penganjuran Piala Dunia Kelab 2025 sebagai punca kepada situasi sukar dihadapi pasukannya ketika ini.

Komen Maresca itu dibuat sejurus The Blues sekadar meraih keputusan seri 2-2 dengan kelab Azerbaijan, Qarabag pada aksi keempat Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Tofig Bahramov awal pagi tadi.

Walaupun muncul juara dunia kelab, Maresca menjelaskan kepadatan jadual menyaksikannya berdepan isu kecederaan dan terpaksa melakukan banyak perubahan terhadap pasukan setiap kali turun beraksi.

Untuk aksi kali ini, Maresca melakukan enam perubahan apabila merehatkan Enzo Fernandez dan Moises Caicedo, malah mendakwa kritikan terhadap keputusannya itu pasti akan hadir jika Chelsea gagal memenangi perlawanan.

“Saya sudah cuba menjelaskan beberapa kali, pada perlawanan ini kami mahu merehatkan Enzo, Moises, Malo Gusto dan beberapa pemain lagi kerana mereka tidak boleh bermain terlalu kerap dalam tempoh tiga hari.

“Mereka memerlukan tempoh pemulihan dan seperti dikatakan Piala Dunia Kelab banyak memberikan kesan. Kami cuba melakukan penggiliran, jika menang tiada siapa yang akan bercakap tetapi sebaliknya berlaku jika kami gagal menang,” katanya.

Buat masa ini, Levi Colwill, Liam Delap dan Dario Essugo terpaksa disisihkan dalam tempoh lama dengan terbaharu, Romeo Lavia pula mengalami kecederaan selepas hanya beraksi kurang 10 minit menentang Qarabag.

Dalam aksi itu, Estevao meletakkan Chelsea di depan sebelum Qarabaq meledak dua gol untuk mendahului menerusi Leandro Andrade dan Marko Jankovic sebelum Alejandro Garnacho menyelamatkan maruah pelawat dengan gol penyamaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN