PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang dipercayai bakal polis bermain permainan menembak di sebuah pesta mencuri perhatian pengguna media sosial berikutan ketepatan tembakannya.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh pengguna @maskarisma_, wanita tersebut dilihat memegang pistol mainan sambil menembak ke arah sasaran dengan penuh fokus.
Lebih mengagumkan, hampir setiap tembakan dilepaskan mengenai sasaran dengan tepat seolah-olah mempunyai kemahiran menembak sebenar.
Ketepatan tembakan wanita itu membuatkan ramai pengguna media sosial kagum dan turut bergurau untuk tidak membenarkan anggota polis untuk bermain permainan seumpama itu.
“Lepas ni perlu letak polis tidak dibenarkan bermain,” komen Fazz.
“Abang penjual tu cuak sebab akak polis ke atau sebab akak tu habis hadiah?,” kata @aineeariq07
“Lepas ni akak datang tunjuk saja video ni. Tak perlu pun main permainan. Akak bayar terus ambil hadiah saja,” komen Muhd Asyraf. – KOSMO! ONLINE
@maskarisma_ 🖤✨#capcut #fypシ゚ #fypppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – CJ_7(ADDY)














