fbpx
Tangkap layar video menunjukkan detik treler dilanggar sebuah kereta api di Schertz, Texas, Ahad lalu. - Instagram

Treler 18 tayar hancur dirempuh kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SCHERTZ, TEXAS – Penumpang sebuah tren berdepan detik cemas selepas pengangkutan awam dinaiki mereka merempuh treler 18 tayar yang terkandas di persimpangan landasan kereta api di negeri Texas, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 10.12 pagi (waktu tempatan) di bandar Schertz, Ahad lalu. 

Rakaman video dimuat naik di platform YouTube menunjukkan pemandu treler yang membawa muatan kereta itu melompat keluar daripada kenderaan tersebut selepas menyedari sebuah tren menuju ke arahnya. 

Kereta api itu berulang kali membunyikan hon sebelum merempuh treler tersebut dengan kuat, menyebabkan serpihan melayang ke udara. Tiada kecederaan dilaporkan. 

Jabatan Polis Schertz mengesahkan bahawa treler itu berhenti di tengah landasan sebelum ia dirempuh. 

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN