fbpx
HAALAND menjalani latihan bersama pasukan sebagai persiapan menghadapi Dortmund di Stadium Etihad awal pagi esok. - AFP

Tiada tanda Haaland ‘letih’ ledak gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya pertemuan menentang Borussia Dortmund di Stadium Etihad awal pagi esok mampu menjadi permulaan untuk mereka melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut, The Citizens mula kembali mendapatkan keyakinan, ditambah pula taktikal baharu yang diterapkan bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu.

Guardiola berkata, dua aksi di laman sendiri menentang Dortmund serta Bayer Leverkusen pada 26 November nanti perlu digunakan sebaiknya bagi memastikan City mengutip tiga mata dalam kedua-dua perlawanan itu.

“Saya seorang jurulatih yang sentiasa optimis dan kami juga berada dalam kedudukan lebih baik untuk saingan UCL musim ini berbanding tahun lalu, jadi tidak boleh sia-siakannya.

“Saya juga percaya kami memiliki peluang cukup baik untuk melangkah ke pusingan kalah mati secara automatik menjelang dua perlawanan di laman sendiri ketika menentang Dortmund dan Leverkusen,” katanya.

Hasrat jurulatih dari Sepanyol itu mungkin dapat ditunaikan berdasarkan prestasi cukup hebat dipamerkan penyerangnya, Erling Haaland yang sudah meledak 17 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan UCL.

“Secara jujur, Haaland langsung tidak penat untuk menjaringkan gol dan saya harap dia dapat mengekalkan aksi cemerlang ini. Dengan bantuan rakan sepasukan, dia mampu untuk terus merobek gawang lawan,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN