fbpx
Suspek ditahan di Unit Siasatan Jenayah Polis Ogan Ilir. - Sumeks

Suami belasah isteri, cemburu kerap muat naik gambar di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Ogan Ilir, wilayah Sumatera Selatan ditahan selepas memukul isterinya gara-gara cemburu dengan tindakan mangsa yang sering memuat naik gambar di platform Facebook, lapor portal berita IDN Times. 

Kejadian berlaku di Pemulutan Selatan pada 30 Oktober lalu. 

Situasi itu tercetus apabila suspek dikenali sebagai MN, 53, kerap melihat isterinya memuat naik gambar di Facebook dan meminta mangsa untuk tidak berbuat sedemikian. 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Ogan Ilir, Asisten Komisioner Mukhlis berkata, MN cuba merampas telefon bimbit isterinya untuk diperiksa tetapi ditolak.

“Pertengkaran bertukar menjadi keganasan fizikal di mana mangsa dipukul berulang kali sehingga dia mengalami lebam,” kata Mukhlis sambil menambah, suspek mengaku berasa cemburu dan curiga terhadap tindak-tanduk isterinya. 

Dia ditahan di Unit Siasatan Jenayah Polis Ogan Ilir dan berdepan hukuman penjara selama 15 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI