fbpx
Gambar hiasan - Foto MEDIA SOSIAL

Perkhidmatan KTM Pelabuhan Klang-KL Sentral-Tanjung Malim kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkhidmatan tren KTM Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang – KL Sentral – Tanjung Malim kembali beroperasi seperti biasa bermula pukul 6 pagi hari ini selepas kerja baik pulih selesai lewat malam tadi.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kerosakan alat talian atas di antara Stesen Subang Jaya dan Stesen Batu Tiga yang menyebabkan kelewatan lebih 60 minit telah berjaya dibaik pulih sepenuhnya pada pukul 11.10 malam.

“Kerja baik pulih yang selesai lebih awal daripada jangkaan, perkhidmatan
tren kembali beroperasi seperti biasa,” jelas kenyataan itu.

KTMB turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua penumpang atas kesabaran, kerjasama dan kefahaman sepanjang tempoh gangguan perkhidmatan semalam.

“Kami akan terus komited untuk menambah baik mutu perkhidmatan demi keselesaan dan keselamatan pengguna,” kata KTMB.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan KTMB mengesahkan gangguan yang dialami pengguna di antara laluan Batu Tiga ke Subang Jaya pada pukul 8.30 pagi semalam berpunca daripada alat talian atas terputus.

“Oleh yang demikian, tren-tren bagi laluan Pelabuhan Klang – Tg. Malim telah tamat di Stesen Shah Alam, Batu Tiga dan Padang Jawa dan penumpang diaturkan menaiki bas perantara ke Stesen Subang Jaya untuk meneruskan perjalanan ke destinasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN