fbpx
Mohd. Hussin mengisi bekalan beras di rak untuk jualan kepada penduduk sebagai persediaan menjelang musim tengkujuh di Pulau Teluk Renjuna, Tumpat hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Penduduk pulau simpan stok makanan, bimbang banjir lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Penduduk di Pulau Teluk Renjuna di sini sudah mula menyimpan bekalan makanan sebagai persiapan awal sekiranya banjir pada musim tengkujuh tahun ini berlaku lebih awal.

Seorang peniaga kedai runcit, Mohd. Hussin Mohamad, 53, berkata, semua stok untuk keperluan yang dipesan daripada pembekal akan sampai esok untuk dijual kepada penduduk yang terkesan akibat banjir.

“Saya sudah pastikan barangan asas termasuk beras, gula dan minyak masak sentiasa ada di kedai. Bekalan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa.”Bagaimanapun, barangan kawalan seperti minyak masak peket perlu dipesan mengikut kuota yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Jelajah Sentuhan Kasih Menjelang Musim Tengkujuh 2025 di di Masjid Mukim, Pulau Teluk Renjuna, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Hussin berkata, dia sentiasa memastikan stok barangan mencukupi untuk kemudahan penduduk apabila berlakunya banjir.

“Jika banjir besar berlaku tahun ini, saya tidak mahu penduduk terputus bekalan makanan. Jika ada penduduk yang mengalami masalah kewangan untuk membeli keperluan, saya benarkan mereka mengambil dahulu barangan dan bayar kemudian.

“Saya menjual barangan pada harga berpatutan kerana kedai runcit ini dipantau oleh KPDN. Penduduk juga tidak perlu keluar ke bandar atau Kota Bharu untuk membeli barang keperluan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN